PRINSIP MEMASAK

PRINSIP MEMASAK

-Prinsip memasak makanan ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai.Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yang berbeza dapat memperoleh rupa,warna,tekstur,rasa dan kehilangan nutrien paling sedikit dalam makanan.

KAEDAH MEMASAK

#Terdapat dua kaedah memasak, iaitu;

(a)kaedah memasak menggunakan haba kering seperti menggoreng

(b)kaedah memasak menggunakan haba lembap seperti mengukus,merebus,mereneh,merendidih dan mencelur.

KAEDAH HABA KERING

#Ciri hasil makanan yang dimasak dengan kaedah menggoreng adalah garing dan berwarna kuning keemasan.Sayuran yang digoreng adalah lembut tetapi rangup.

#kelebihan :

-cepat di masak

-berwarna menarik

-tekstur rangup dan garing

#kelemahan :

-mudah hangus

-mengandungi minyak yang banyak

-sukar dicernakan

KAEDAH HABA LEMBAP

#Ciri hasil makanan yang dimasak dengan kaedah ini adalah lembut,lembap, dan tidak begitu menarik warnanya.Masakan yang dikukus dan dicelur kelihatan kering sedikit berbanding dengan makanan yang direneh dan merendidih yang berkuah.Makanan direbus yang menggunakan cecair yang banyak boleh digunakan untuk membuat air rebusan,sup atau sos.

# kelebihan :

-mudah dicernakan

-tidak menggunakan minyak

-tekstur lembut

-kurang memerlukan perhatian.

#kelemahan :

-lambat masak.

-kurang menarik dari segi rupa dan warna.

-tidak sesuai untuk semua makanan.

ALAT PENJIMAT MASA

-Digunakan untuk menjimatkan masa dan tenaga dalam penyediaan makanan.

-Terdiri daripada jenis elektrik dan jenis menggunakan gas.

-Harus digunakan dengan cermat dan dijaga dengan baik supaya dapat menjalankan kerja penyediaan makanan dengan lebih efisien.

-cth:pengisar,pengadun,ketuhar,ketuhar gelombang mikro,pengadun kopi,periuk nasi elektrik,periuk tekanan dan lain-lain.

KEGUNAAN ALAT PENJIMAT MASA

-pengadun-memutar adunan kek,mengejut telur dan krim,dan menguli doh yis

-Pengadun kopi-mendidih air,membuat air kopi,serta mengekalkan kepanasan sepanjang masa

-periuk tekanan-merebus dan mengukus makanan dengan cepat menggunakan tekanan wap yang tinggi.

-ketuhar-membaka kek,pastri,biskut,memanggang daging dan memasak menggunakan kaserol.

-ketuhar gelombang mikro-Memasak dengan olakan gelombang mikro dan menghasilkan makanan yang seakan-akan direbus atau dikukus.

-periuk nasi elektrik-memasak nasi dan bubur secara merebus

-pengisar-mengisar dan menghancurkan makanan untuk soso,pes ikan,daging cincang,minuman dan kacang.


Leave a comment