PENGENALAN MAKANAN
-Makanan merupakan salah satu keperluan asas manusia.Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair.Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk rupa,warna,bau,rasa, dan tekstur yang berbeza.
PERANAN MAKANAN
-Peranan makanan adalah untuk memenuhi keperluan fisiologi,psikologi,dan sosial
-Nutrien-nutrien dan bahan makanan memenuhi fungsi fisiologi seperti pembinaan sel tubuh,tumbesaran dan pemulihan,membekalkan tenaga dan haba,memelihara dan mengawal proses tubuh.
-Dalam peranan psikologi,,makanan sering menjadi lambang kasih-sayang dan keselamatan.Makanan juga diambil untuk menghilangkan perasaan sunyi,bosan atau sedih.Emosi juga boleh menyebabkan seseorang tidak berselera untuk makan.
-Dalam banyak situasi sosial seperti pergaulan antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau saudara- mara,makanan sering menjadi tumpuan utama.Peranan makanan juga penting bagi melambangkan status sosioekonomi keluarga.
PENGENALAN PEMAKANAN
-Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan,pemulihan dan pengawalan kesihatan.Nutrien,air dan pelawas penting dalam proses tersebut.
-Terdapat 5 kumpulan nutrien iaitu protein,karbohidrat,lemak,vitamin dan garam mineral